Wednesday, October 31, 2007

Melayu & Keusahawanan

Rasa selesa dengan status ketuanan, takut mencuba, lambat bertindak dan terlalu berkira adalah antara halangan utama yang menyebabkan orang Melayu tertinggal jauh dalam bidang keusahawanan. Budaya atau sikap seperti itu telah meletakkan orang Melayu dalam kongkongan kegagalan dan sering diperkotak-katikkan.

Sebahagian besarnya pula suka memilih jalan pintas untuk cepat menjadi kaya atau berjaya tanpa memikirkan kedudukan yang berkekalan. Walaupun dianugerahkan dengan tutur kata yang lemah lembut dan mudah mengambil hati, mereka tergamak menjual sesuatu projek semata-mata mencari jalan mudah bagi mendapatkan sedikit keuntungan daripada melaksanakannya.

Orang melayu perlu mengubah sikap serta budaya yang merugikan ini jika benar-benar mahu berjaya untuk menjadi seorang usahawan yang terbilang dan cemerlang seperti yang disarankan Perdana Menteri.

Orang melayu bukanlah dari kalangan usahawan kerana mereka sering menjadikan keusahawanan itu sesuatu yang susah – perlu buat kertas kerja dulu dan sebagainya. Sebaliknya, bangsa asing terutamanya Cina, berniaga dulu dan sanggup mengambil risiko. Inilah pendekatan yang perlu diubah.

Usahawan bukanlah satu perniagaan. Ia lebih kepada sikap seseorang yang menjadikan sesuatu pekerjaan sebagai ruang untuk memajukan organisasi atau syarikat, seterusnya menghasilkan keuntungan, bukan bekerja untuk mendapatkan gaji semata-mata.

Budaya keusahawanan perlu ada pada semua individu bagi membolehkan Negara diakui benar-benar maju. Setiap pekerja harus bertanggungjawab terhadap jatuh bangun sesebuah syarikat. Bagaimanapun, kebanyakan jabatan kerajaan didapati melakukan banyak pembaziran kerana tidak memikirkan soal untung rugi.

Hakikatnya, orang Melayu mempunyai pelbagai kepakaran yang boleh diketengahkan tetapi hakikatnya juga, sikap takut yang masih menyelubungi mereka menghalang segala kemajuan. Dalam pada itu, pengangguran juga telah membuka mata orang Melayu bahawa kerajaan tidak mampu membantu seratus peratus selepas tamat pengajian, sebaliknya harus berusaha sendiri untuk menyara hidup dan mencapai kejayaan yang diingini.

Kesimpulannya, orang Melayu memang sudah mempunyai kesedaran tetapi hanya mereka yang berani sahaja sanggup menerima cabaran dan meninggalkan budaya yang merugikan. Saya banyak menerima keluhan rakan-rakan yang telah tamat pengajian, tidak mempunyai pekerjaan. Wahai rakan-rakanku, pecahkanlah kepompong rungutan yang menyelubungi kalian. Beranikan diri, ceburi bidang keusahawanan. Banyak program yang disediakan bagi membantu pembangunan usahawan. Bukalah mulut untuk bertanya. Segan bertanya tidak akan menyelesaikan masalah. Rujuklah pada yang berpengalaman atau terus sahaja ke kementerian. Janganlah kita meminggirkan bangsa sendiri kerana sudah cukup bangsa Melayu terpinggir dengan sendirinya.

Renung-renungkanlah

4 comments:

Anonymous said...

abg allif tergolong dlm list org yg berani mencube la ni..
sggp amek risk..

Irwan said...

Hi.. Thanks for visit my blog. I'm Interested on this topic..

Well to be frank, i adalah salah sorang usahawan melayu.. Actually dari apa yang di lihat, Orang melayu kita sekarang sudah mula sedar sudah mula ambil sikap proactive untuk maju dlm bidang perniagaan.. Sebenarnya hanya segelintir saya yang 'malas' selebih nya merasakan diri mereka dia peluang.. merasakan business adalah terlalu besar untuk mereka..

Ini kena pendedahan kepada business di kalangan bumiputra bukan kurang tetapi ramai yg kurang berani untuk 'mencuba'.. Actually mencuba tidak salah. Itu adalah satu langkah pertama yang sudah baik! Tetapi malangnya ada yang i tgk, kita tidak sabar! Mudah ambil langkah singkat utk berniaga.. perniagaan berbentuk 'skim cepat ****' yg di kejarnya..

Tidak kurang juga yg mengatakan tiada peluang dan bantuan. Bagi saya, kita jgn mudah hanya mengadap bantuan.. Tetapi kita sendiri mencari alternatif. nak di kata kerajaan tidak bantu.. Bagi i, kerajaan banyak membantu kita usahawan bumiputra khususnya.. tetapi ada yg mempersiakan! tetapi bagig yg mengunakan lihat perubahan dlm kehidupan merka.. Amazing! Peluang.. Amat luas bumi tuhan ini.. Cuma satu sahaja, rezeki.. Kdang2 kala kita meletak kan rezeki kita sebagai 'makan gaji' dan takut untuk menjadi 'usahawan'. Lebih real jadi 'pembantu usahawan' dari usahawan sendiri.. Takut risiko? Jgn kata tentang risiko kerana risiko bekerja dgn org lain juga ada.. Jika company kita tutup, di buang, VSS atau seumpanya.. adakah kita pasti ada company di luar ingin ambil? belum tentu..

Pesan nabi, 9 dari 10 rezeki adalah dari berniaga.. i sendiri tidak pasti kenapa maasih ramai yg masih memilih 1/10 itu.. Pilihan adalah terserah.. Masing2 mempunyai tanggapan dan pandangan berbeza.

Tetapi, syabas dan tahniah buat usahawan melayu yang sudah semakin berani bergelar usahawan! Kita sama2 membangunkan ekonomi kita sebagai anak watan malaysia.. hehehe.. (patriotic la pulak hari ni LOL)

Anonymous said...

Irwan.. thanx 4 ur comment.. really appreciate as i know u r 1 of the successful entrepreneur.. pandangan u i agree sangat.. Thanx again!

Anonymous said...

aliff.. i like this topic. aku pun dalam usaha nak menceburkan diri. all the best to you ya! ^_^